Pages


Blog & Web Tidak Terlepas Bayar Cukai Pendapatan



Sehingga kini, ramai pengendali blog dan laman web, serta usahawan internet yang biasa lari daripada membayar cukai pendapatan, dengan menganggap yang mana pendapatan melalui internet tidak perlu dicukai.

Kini, dengan setelah kerajaan mula memberi penekanan terhadap industri ICT negara, para pengguna yang menjana duit melalui internet tidak terlepas sama sekali.

Walaubagaimanapun, cukai pendapatan ini hanya dikenakan kepada sesiapa yang menjana lebih daripada RM2,500 sebulan sahaja, dan bagi yang menjana pendapatan kurang daripadanya, maka mereka tidak diperlukan membayar cukai.

Kini, disebabkan ramai mengatakan yang mana blog dan web boleh menjana ribuan duit sebulan, ianya telah menjadikan timbulnya banyak blog-blog berupa spam, dan menyalahgunakan platform internet.

Namun begitu, disebabkan masalah tersebut masih kecil, ianya tidak begitu menjejaskan industri web dan blog tanahair.
Baca Selanjutnya...

Kelebihan Menggunakan Perisian Tulen Daripada Microsoft



Salah satu perkara yang sering dikaitkan dengan Microsoft adalah berkaitan dengan cetak rompak.

Baru-baru ini, beberapa syarikat, malah pusat pengajian telah diserbu oleh pihak berkuasa, memperlihatkan mereka menggunakan perisian cetak rompak di pusat mereka.

Ianya kelihatan seperti, masih ramai tidak mengetahui kelebihan menggunakan aplikasi Microsoft berlesen berbanding sebaliknya.

Dengan mendapatkan perisian asli dan tulen daripada Microsoft, para pengguna boleh mendapatkan pelbagai nilai tambah, termasuk;

01Mendapat kemaskini terkini. Dengan menggunakan Windows dan Microsoft Office yang tulen, para pengguna akan mendapat akses kepada pelbagai kemaskini sekuriti dan lain-lain yang terkini terus melalui saluran Windows Updates. Perkara ini membolehkan perisian komputer anda mengikuti ciri-ciri semasa, dan tidak menghadapi sebarang masalah pada kemudian harinya.

02Akses kepada bahagian Support. Mungkin ramai tidak mengetahui perkara ini, dimana para pengguna perisian tulen daripada Microsoft mendapat akses terus kepada khidmat sokongan daripada Microsoft, dimana melaluinya anda boleh mendapat sebarang pertolongan berkaitan perisian mereka pada bila-bila masa sahaja.

03Selamat daripada pencerobohan data. Kajian menunjukkan yang mana menggunakan perisian cetak-rompak mendedahkan pengguna kepada pelbagai masalah sekuriti, termasuk virus dan juga spyware. Jadi, dengan menggunakan perisian tulen, para pengguna boleh mengurangkan risiko sebegitu.

Selain daripada itu, para pengguna perniagaan juga boleh mendapatkan perisian tulen, dan mengelakkan diri mereka daripada dikenakan saman, serta melindungi reputasi perniagaan mereka, disamping pada masa yang sama mendapatkan khidmat sokongan daripada Microsoft dengan mudah dan pantas.
Baca Selanjutnya...

Pengguna Facebook Di Malaysia Berkurangan?



Walaupun Facebook sedang meningkat dengan mendadak akhir-akhir ini, namun ianya kelihatan yang mana di Malaysia, Facebook menunjukkan trend yang berbeza. Akhir-akhir ini, pengguna berdaftar Facebook di Malaysia seperti berkurangan, kini jatuh bawah 10 juta pengguna sahaja.

Sebelum ini, angka pengguna Facebook di Malaysia melangkaui 10 juta pengguna pada bulan Februari yang lalu. Namun begitu, melalui data terkini daripada SocialBakers, ianya memperlihatkan pengguna Facebook di Malaysia hanya sekitar 9.9 juta sahaja, selain memperlihatkan graf yang berkurangan berbanding sebelumnya yang meningkat sahaja.
Walaubagaimanapun, hendaklah diambil perhatian yang mana ianya bukanlah suatu data rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Facebook. Namun begitu, ianya mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu rujukan, dan adakah makin ramai pengguna Facebook tempatan yang memadam akaun mereka di laman sosial terkemuka itu?
Baca Selanjutnya...

Pengguna Google Chrome Melangkaui 160 Juta



Setelah berkongsi pelbagai statisik menarik berkaitan Android semalam, hari ini Google berkongsi pelbagai perkara menarik berkaitan Google Chrome.

Chrome yang mana pada tahun lepas hanya mempunyai lebih kurang 70 juta orang pengguna kini telah berkembang dengan drastik, dimana kini ianya mempunyai lebih daripada 160 juta pengguna seluruh dunia.

Sejak daripada tahun lepas, lebih daripada 8 versi Chrome telah dikeluarkan, dan yang paling terkini adalah Chrome 12 Beta yang baru dilepaskan baru-baru ini.

Selain daripada itu, hari ini juga Google memperkenalkan Chrome Web Store kepada pengguna seluruh dunia, selain mana turut menyokong pembayaran melalui aplikasi pada Chrome Web Store.

Chrome Web Store yang kini boleh diakses oleh lebih daripada 160 juta pengguna seluruh dunia ini turut didatangkan dalam 41 bahasa yang berbeza.
Google Chrome semestinya telah menjadi salah satu pelayar web yang popular, dan meningkat naik dengan pantas sekali. Untuk menarik lebih ramai pengguna lagi, Google sendiri baru-baru ini telah memperkenalkan pengiklanan pada kaca televisyen, selain mana turut sama mempromosikannya pada halaman YouTube, dan melalui pengiklanan Google sendiri, serta pada Facebook.
Baca Selanjutnya...

Pusat Data Terbesar Negara Bakal Dibina



Nampaknya, tidak lama lagi pusat data terbesar di Asia akan dibuka di Malaysia, atau lebih tepat lagi di Bandar Enstek Technology Park di Negeri Sembilan.

Pusat data itu dianggarkan bersaiz 120,000 kaki persegi, dan akan dibangunkan oleh Teliti International.

Ianya diperkatakan yang mana pusat data tersebut direkabentuk untuk menggunakan tenaga yang amat minima.

Turut mengamalkan teknologi hijau, dan membawakan impak yang amat rendah kepada persekitaran.

Pusat data terbabit juga dijangka akan menggunakan pelbagai teknologi menarik, dan memastikan ianya beroperasi dengan stabil sepanjang masa.

Dan salah satu perkara menarik yang dikaitkan dengan pusat data baru ini adalah dimana ianya diperkatakan hampir 40% ruangan pada pusat data tersebut telah pun ditempah oleh syarikat multi-nasional buat masa ini.

Turut juga ada ura-ura memperkatakan yang mana mungkin Google juga merupakan salah satu syarikat yang terlibat sama.

Mungkin juga kita akan dapat melihat beberapa nama besar turut sama menempatkan pusat data mereka disana kelak apabila ianya dilancarkan.

Buat masa ini, tarikh ianya akan siap masih tidak diketahui, namun semestinya ianya akan membawakan kesan yang positif pada industri ICT tempatan.
Baca Selanjutnya...

Bebaskan Diri Dengan Syariat



Bebaskan diri dengan syariat (baca betul-betul), bukan "dari syariat" . Menjadi hamba Allah dengan erti kata sebenar... itulah hakikat kemerdekaan diri kita. Dan untuk cuba menjelaskannya, mari kita ikuti tulisan ini...

Seorang isteri memberitahu dia terpaksa menipu suaminya setiap kali ingin balik kampung menziarahi orang tuanya. Menurutnya dia terpaksa berbuat demikian kerana suaminya tidak berapa suka dia menemui kedua ibu-bapanya. Jadi, tidak ada jalan lain baginya selain 'curi-curi' balik di belakang suami. Alasan yang sering diberikan, kerja banyak di pejabat atau sekali-sekala terpaksa 'out station'.

Cerita di atas saya dengar dari mulut seorang sahabat. Dan dia mendengar luahan isteri itu menerusi radio dari sebuah stesyen yang diminati ramai. Saya tanyakan padanya, bagaimana respon orang ramai yang mendengar? Beliau menjawab, "hampir semua menyokong. Malah memberi galakan untuk dia terus berbuat demikian."
Saya diam. Sekali imbas, memang patut siisteri berbuat demikian. Tetapi kemudiannya, saya terfikir... logik kita tidak semestinya sama dengan syariat Allah. Seringkali apa yang kita fikirkan patut, tidak patut pada pandangan Allah.

Apabila dirujuk kepada syariat, apapun alasan dan hujahnya, dia tidak boleh berbuat demikian. Walaupun tegahan suami patut atau tidak patut, ada alasan atau semata-mata emosi, tetapi itu bukan alasan untuk siisteri mengengkari suaminya. Isteri yang solehah akan mematuhi suaminya walaupun dengan kepatuhan itu dia terpaksa membelakangkan ibu-bapanya. Walaupun kepatuhan itu tidak menutup pintu perundingan, namun apabila suami membuat sesuatu keputusan maka isteri wajib mematuhinya.

Moral kisah di atas ialah dalam apa juga keadaan, seorang Islam tidak boleh memandai-mandai dalam membuat keputusan. Baik kita sebagai isteri, suami , pemimpin ataupun rakyat, wajib merujuk kepada syariat dalam setiap perlakuan, keputusan dan pertimbangan. Percayalah pada setiap sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya, hukum syariat yang lima – wajib (halal), haram, sunat, makruh dan harus sentiasa memantau kita.

Apakah sekecil-kecil perkara yang boleh dijadikan contoh? Katalah menguap. Itu satu contoh yang sangat kecil, Bagi sesetengah orang menguap hanyalah soal remeh. Tetapi sebenarnya tidak begitu. Menguap itupun tertakluk pada lima hukum. Menguap boleh jadi wajib, boleh jadi haram, sunat, makruh atau harus. Bagaimana ya?

• Menguap jadi wajib sekiranya dengan tidak menguap boleh memudaratkan tuan punya badan. Katalah kita terlalu mengantuk... menguap adalah tindakan biologi seseorang yang mengantuk. Tetapi oleh kerana kita malu (di khalayak ramai atau di majlis-majlis tententu), kita menahan diri untuk menguap sehingga ke tahap yang boleh memudaratkan (jatuh pengsan atau sakit kepala). Maka ketika itu wajib kita menguap. Wajib ertinya, perlu menguap dan diberi pahala. Sekiranya tidak menguap jatuh dosa.

• Menguap jatuh haram sekiranya kita pura-pura menguap untuk menyakitkan hati orang lain. Katalah semasa mendengar satu ceramah, kita bosan dan benci pada penceramahnya. Lalu kita pura-pura menguap untuk 'memberitahu' penceramah kita benci atau bosan. Menguap ketika itu menjadi isyarat untuk 'menghalau' atau menyuruh sipencermah sakit hati dan berhenti. Pada waktu itu menguap jatuh haram. Dibuat berdosa, ditinggalkan berpahala.

• Menguap hukumnya sunat jika dilakukan mengikut sunnah Rasulullah, yakni dengan menutup mulut dan membaca taawwuz . Kerika itu berdoa kelihatan sopan dan tertib sekali. Bukan sahaja indah dipandang mata manusia, tetapi disukai oleh Allah. Dengan menguap seperti itu, hukumnya sunat. Sangat digalakkan dan diberi pahala.

• Menguap hukumnya harus dalam mana-mana posisi tubuh. Harus menguap dalam keadan berdiri, duduk atau berbaring. Tidak semestinya menguap mesti dalam keadaan duduk. Ertinya, boleh menguap dengan 'gaya bebas'. Harus hukumnya.

• Bila menguap jatuh makruh? Perbuatan makruh, walaupun tidak haram, tetapi ntidak disukai Allah dan hodoh pada pandangan manusia. Menguap jatuh makruh sekiranya dilakukan tanpa sopan misalnya membuka mulut lebar-lebar tanpa menutupnya. Hingga dengan itu kelihatan begitu buruk dan cela dipandang orang. Allah tidak suka cara menguap begitu. Kebencian Allah ke atas perkara-perkara makruh, walaupun tidak berdosa tetapi elok sangat ditinggalkan. Malah, jika ditinggalkan berpahala pula.

Ya, tujuan saya bukan untuk menjelaskan prinsip dan soal-soal kaedah menguap sebenarnya. Tetapi apa yang ingin saya paparkan, sekiranya dalam soal sekecil-kecil seperti menguap itupun ada lima hukum yang menyuluh, tegasnya da kemungkinan mendapat pahala dan dosa, redha atau murka Allah... apalagi dalam soal-soal yang lebih besar seperti soal makan-minum, berpakaian, mengatur famili, mengatur sistem kewangan dan ekonomi, pendidikan, budaya, hiburan hinggalah kepada urusan pentadbiran dan pemerintahan negara.

Anehnya, ramai manusia termasuk orang Islam masakini seolah-olah ingin lepas bebas daripada syariat. Apa yang difikir, dipertimbangkan dan diputuskannya tidak langsung dikaitkan dengan syariat. Semuanya berasaskan logik akal dan dorongan emosi. Pada pendapat saya, pada hemat aku.... Begitulah yang kerap kita dengar. Bila diperingatkan hidup mesti berpandukan syariat, tidak kurang yang merasakan itu seolah-olah mengikat. Tidak merdeka. Ketinggalan zaman. Terlalu ideal. Begitu sesetengah pihak membuat tanggapan.

Bebas daripada syariat, bererti bebas dariapada Allah. Dan bebas daripada Allah bererti terikat dengan hawa nafsu. Hawa nafsu akan membawa kepada kemusnahan diri dan orang lain. Bebas tapi terbabas. Kembali kepada cerita isteri dan suami di awal tulisan ini... jika suami merujuk kepada syariat, dia tidak akan 'sekejam' itu. Bukankah syariat menetapkan ibu dan bapa mertua berkedudukan sama seperti ibu dan bapa kita kita sendiri? Seorang suami perlu mentaati, mengasihi bahkan menyayangi ibu dan bapa mertuanya dengan sepenuh hati. Berpandukan syariat sisuami tidak akan menjadi pemisah kasih-sayang anak (isterinya) dengan bapa dan ibunya (ibu dan bapa mertuanya).

Berpandukan syariat juga, seorang isteri tidak boleh 'mencuri-curi' menziarahi ibu-bapanya kerana membuat sesuatu tanpa izin suami (dalam konteks ini keluar rumah) adalah haram hukumnya. Walaupun hati sangat ingin, tetapi kawallah keinginan itu kerana Allah demi mematuhi suami. Ingatlah, ketika itu siisteri bukan mematuhi suami secara membuta tuli, tetapi hakikatnya mematuhi Allah. Ingatlah, kepatuhan kita kepada suami akan menjadikan kita isteri yang solehah, dan isteri yang solehah akan dapat menyelamatkan kedua ibu-bapanya kerana itu merupakan 'amal jariah' yang berterusan pahalanya untuk kedua ibu-bapa kita.

Pemikiran berasaskan Tauhid (Tauhidic Mindset) perlu ada pada setiap kita. Bila pemikiran Tauhid ini kukuh secara otomatik kita akan merujuk kepada syariat dalam apa jua kelakuan dan tindakan. Bila kita yakin Allah Maha Bijaksana, tergamakkah kita mendahului 'kebijaksanan' kita dengan membelakangkan kebijksanan-Nya? Bahkan kita akan sentiasa memastikan kebijaksaan kita yang kecil dan kerdil ini tunduk kepada kebijaksanaan-Nya yang tiada bandingan dan tandingan itu. Hati akan sentiasa terdetik, apa 'kata' Allah dalam setiap situasi dan kondisi yang sedang kita hadapi.

Seorang sahabat, pernah menghadiahkan saya sebuah buku 'Halal Dan Haram Dalam Islam' karangan Dr. Yusuf Qaradhawi – dan saya merasa buku yang sarat ayat Quran dan hadis itu sangat berguna sebagai teman rapat dalam kehidupan. Menurut ulama, iman itu bukan sekadar kepercayaan dan keyakinan, tetapi tindakan dan kepatuhan. Sungguhpun kekadang kita belum nampak 'hikmah' dan kebaikan di sebalik hukum syariat – dan ketika itu hati kita bertanya, kenapa begitu, tidak begini?

Yakinlah, bahawa saat itu sebenarnya akal kita 'tidak sampai' buat menjangkau kejituan dan kemurnian syariat. Bukan syariat itu tidak indah, tetapi akal dan hati kita yang rabun atau buta... seperti kelelawar yang tidak dapat melihat pada waktu siang. Bukan siang yang tidak cerah, tetapi mata kelawar yang tidak mampu menatapnya! Jadi setiap kali terasa begitu katakan pada diri, "ya allah, aku tidak nampak lagi di mana hikmah-Mu menetapkan demikian. Ilmuku yang terbatas tidak mampu menjangkau ilmu-Mu yang Maha Luas. Tetapi aku tetap yakin... Engkau Maha Benar yang Allah. Syariat-Mu tetap benar, betul dan baik." Ingat selalu, terikat dengan syariat itulah kemerdekaan yang sebenarnya!
Baca Selanjutnya...

Bahagia Itu Apabila Membahagiakan



Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka.

Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.



Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.

Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah" modal insan" yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?

Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding 'keadaan' keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. "Batuk" kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke "workshop" untuk diselenggarakan.

Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.

Bila kereta 'aneh' sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan... alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang 'workoholic' – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat... Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.

Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih... mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh "kedutan" itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.

Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati "turun" ke mata. Yang kita lihat bukan "body" tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi... tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya... Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.

Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang "permaisuri". Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang "orang gaji". Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.

Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang "sakit" – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara...

Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!
Baca Selanjutnya...

Jauhi Hutang Bila Nak Kahwin!



Tadi bersembang dengan beberapa rakan, betapa mahalnya untuk mengadakan satu majlis perkahwinan pada zaman sekarang. Purata 'belanja hangus' buat kenduri sahaja perlu ada kira-kira RM20 000. Itu paling kurang.

Jika lelaki, belum termasuk belanja duit hantaran yang diminta pihak perempuan dan persediaan pindah ke rumah baru. Congak-congak, keseluruhan majlis & urusan kahwin boleh mencecah sehingga RM40 000 (ada yang jauh lebih tinggi). Seorang kawan perempuan mencelah, "patutla, ramai lelaki tidak berani nak komit kahwin..." (Ini kena tanya orang lelaki).

Sedihnya, kesan dari belanja kahwin yang semakin meningkat menyebabkan ramai pasangan muda berkahwin dengan membuat pinjaman peribadi. Walaupun, tiada statistik rasmi, saya percaya, anda kenal seorang atau dua kawan-kawan yang pernah membuat pinjaman peribadi (atau anda sendiri) bagi urusan perkahwinan. Mari kita cuba fahami mengapa pasangan (terutama lelaki) perlu meminjam untuk berkahwin...

Nilai hantaran yang diminta pihak perempuan tinggi antara RM10,000 ke RM30,000
Kos membuat sekurang-kurangnya satu majlis kahwin tinggi antara RM7500 ke RM12500 (anggaran RM25 per pax)
Urusan pindah rumah & deposit sewa semakin tinggi antara RM2000 ke RM6000

Katakanlah Mamat & Minat yang baru habis belajar di universiti mahu terus mengikat perkahwinan dan mereka mahu membuat majlis yang sederhana tetapi meriah. Minah yang baru Ijazah Kelas Pertama ingin membantu Mamat dengan hanya meletakkan hantaran bernilai RM5000 dengan membuat hanya satu majlis perkahwinan untuk mereka berdua. Dijangka 500 orang sanak saudara & kawan-kawan akan hadir. Kemudian, urusan pindah rumah dan membeli serba sedikit perabot mungkin sekitar RM2000. Bajet keseluruhan majlis dianggarkan RM19,500 (RM5000 + RM12500 + RM2000).

Saya dapat bayangkan si Mamat akan mula mencongak belanja kahwinnya RM19500. "Kat mana aku nak cari duit sebanyak itu? Aku pun belum kerja lagi...".

Selalunya, 2 perkara yang terlintas di benak si Mamat

"Aku boleh kerja dulu dan simpan setiap bulan. Kalau gaji aku RM2000, tiap-tiap bulan, aku simpan separuh. Dalam tempoh 20 bulan atau lagi 2 tahun, boleh la aku kahwin" atau...
"hish... aku dah sayang sangat pada si Minah, pinjam bank je la"

Keputusan ini sebenarnya, Mamat tidak perlu fikir seorang diri. Bincang dengan keluarga. Dan, berbincanglah dengan Minah. Kasih sayang dalam perkahwinan adalah kombinasi komunikasi, sakinah, mawardah dan warahmah. Mendapat keberkatan dalam sesebuah perkahwinan adalah jauh lebih penting dari mengadakan kenduri besar-besaran yang berlandaskan hutang.

Satu paradigma harus diubah di dalam masyarakat supaya tidak meletakkan 'piawaian saiz perkahwinan'. Besar kecil sesuatu majlis perkahwinan mestilah berdasarkan kemampuan. Jika bajet kecil, tidak perlu hidangkan nasi beriani, cukuplah sekadar hi-tea. Majlis perkahwinan adalah majlis resepsi untuk sanak saudara & kawan-kawan berkenalan mesra dengan temah hidup anda. Cadangan saya, anda dan pasangan boleh cuba untuk memikirkan kaedah kreatif yang tidak memerlukan banyak modal untuk satu majlis perkahinan.

Pasangan yang ingin berkahwin, sedarlah...

Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".
hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan
janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan
muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan
jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang
belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan.

Doa saya semoga anda dan pasangan dapat membina hidup bersama dengan tenang dan tanpa perlu pening memikirkan hutang keliling pinggang. Perkahwinan hanya permulaan kepada lebih banyak
keputusan-keputusan penting dalam hidup
Baca Selanjutnya...

Contact Admin